"lets colour ur life wif musiQ"

Wednesday, March 24, 2010

zee aVi roCk d WorlD



aku mmg mnt ng dier nie,,im proud of her!swakian bikin havoc,,noh pun besh,,mmg bbakat ar miak swak tok,,hahahah!!

muSiQ inDie

Monday, March 22, 2010

KisAh WaNiTa (gitar dan suara)

Gitar, gadis dan suara yang lunak, dan music akustik. siapa cakap nyanyi akustik ini senang? Perkara paling penting sekali suara kena sedap. Dan kebolehan bermain gitar satu kelebihan. Bukan tahu main gitar then nyanyi tapi suara ke laut ( aku tujukan untuk diri sendiri). Aku masih ingat lagi pertama kali main gitar, tak tahu apa-apa langsung. Petik jer janji sedap. Masa tu pulak tidak ada siapa pun yang sudi ajar aku main gitar memang sedih gila. Akhirnya gitar aku terpesok dibawah katil. Memang sesuai la dengan namanya pun gitar kapok. Bertahun-tahun masa berlalu Malaysia digemparkan dengan band-band indiependent. So dipendekkan cerita, aku tengah angau dengan lagu Redline oleh band Shizuka. Cari sana cari sini akhirnya jumper la lirik lagu tu (dalam malayapark.com). Pastu aku ternampak nama Yuna, aku ingat awek Jepun. Bila aku dengar lagu dia perghh……sebab dia laa aku sanggup masuk bawah katil yang penuh dengan macam2 harta karun semata-mata nak ambil gitar kapuk tu.
YUNA

Dan sebenarnya ku mengharapkan……. boleh dikatakan hampir semua anak-anak muda demam dengan lagu2 Yuna. Sesiapa yang tidak kenal Yuna tu mari sini aku nak bagi penampar sedas dua. Yunalis binti Zarai atau nama popularnya Yuna berusia 23 tahun mula berjinak2 dengan dunia hiburan seawal usia 14 tahun dimana dia mula bermain gitar dan menulis lirik2 lagu. Dia yang berasal dari Alor Setar, Kedah memiliki suara yang cukup unik. Seakan-akan Feist penyanyi dari Canada, dan juga merupakan Influence kepada Yuna dan ada sedikit sound like Kate Nash. Nama Yuna melonjak naik apabila lagu2 dia kerap di mainkan di stesen-stesen radio tempatan dan wajahnya kerap kali keluar dikaca television. Show pulak tak payah cerita la kalah Mawi. Dan Sebenarnya, Deeper Conversation, Rocket, Oh Bulan dan Backpacking Around Eroupe antara lagu2 beliau yang popular.
http://www.myspace.com/yunaroomrecords

ANA RAFFALI

Dari Yuna kita pergi ke Ana Raffali. Gadis yang berusia 24 tahun ini mmemang gemar memakai baju kebaya dan kain batik ketika membuat show memang ayu. Mula memengang dan bermain gitar ketika belajar di Universiti tempatan sekadar suka-suka sahaja. Dan menyedari suaranya begitu sedap sekali dan secara seriusnya belajar bermain gitar. Lagu Hujan bunga di Kuala Lumpur kerap kali dimainkan di xfm dan secara tidak langsung telah memperkenalkan nama Ana Raffali. Apabila peminat2nya mula sibuk mencari muat turun mp3 Ana Raffali dengan percuma. Isk2. Selain Hujan Bunga di Kuala Lumpur Ana Raffali ada juga menulis berbelas2 lagu lagi, sebenarnya banyak juga lagu yang dia tulis dan nyanyikan. Banyak sangat sampai tak tersenarai. haha(malas benornye nak tulis). Lagu2nya seperti Hujan Bunga di Kuala Lumpur, Mekanika, Dan Kubiarkan kau terlepas, Tingkap Kaca, Masih, Lovely Lovely Scene dan banyak lagi.
http://www.myspace.com/anaraffali

IZZY MOHAMED

Kita lompat lagi. Memperkenalkan Izzy Mohamed seorang lagi penyayi kegemaran aku. Suara memang besh. Bermula sebagai penyanyi dalam band yang dikenali sebagai Cultural Cocktails pada tahun 2001 akan tetapi band ini tidak bertahan lama, dia kemudiannya telah di offer oleh kawannya join band Escaping Monday sebagai bass, walaupun kurang pengetahuan tentang alat muzik bernama Bass ini namun dia tetap dengan nekadnya belajar bermain Bass, nasibnya sama seperti band Cultural Cocktails apabila setengah dari ahli band telah pergi ker luar negara dan kemudian ahli2 band ini berpecah. Selepas itu dia join pula band Ziel sebagai bass juga dan dalam masa yang sama dia mula menulis lagunya sendiri. Pada tahun 2004 dia dengan yakinnya mula menarik diri dari band Ziel dan bergerak secara solo sebagai penulis lagu dan penyanyi. lagu2 yang dihasilkan Closed Door, Home, Sleep, dan Pelangi.
http://www.myspace.com/izzymohamed

BEEHA

Beeha dan pari-pari kertas. Pernah dengar lagu ni? kalau tak pernah pergi dengar sekarang!! Rugi siapa yang tak dengar. Aku suka dengan suara dia. Tidak macam Yuna, Ana Raffali atau Zee avi tp macam Beeha. Maknanya lain dari yang lain. Umurnya awal 20+ mungkin dan menetap di Shah Alam. Liriknya penuh dengan fantasi dan maksud yang mendalam. Dia mengelarkan dirinya sebagai pari-pari kertas yang tergelincir dari langit ketujuh, membikin muzik Alt-Pop dan Irama Asli untuk mencari cukup uwang supaya boleh menyewa roket untuk naik kembali ke tempat asalnya…(aku copy dr ms dia jer ahak!). Beeha merupakan Pelajar Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mula berlajar bertatih dalam dunia hiburan ni pada tahun ini seawal bulan Mei. Antara lagu2nya Tanpa Bintang, Pari-pari Kertas, Kelkatu, Inilah aku dan Kalau kau mengerti.
http://www.myspace.com/beeha3

WANI ARDY

Wani Ardy, pertama kali aku dengar lagu dia dalam myspace. Memang layan habis lagi2 lagu Graviti yang kusangkakan lagu dia rupa-rupa dia hanya nyanyi cover. Penyanyi asal lagu Graviti adalah Sara Barielles. Apa-apa pun Wani Ardy dapat membawa lagu tu dengan baik. Selain itu, dia juga banyak menyanyikan lagu2 cover dari artis2 lain. Tahu atau tidak Wani Ardy juga pernah menulis lagu untuk band2 lain seperti lagu Cela dan Tunjukkan aku yang dinyanyikan oleh band Boneca dan lagu Terbang Sayang oleh band Cik Payung. Wani Ardy juga telah pun selamat mengeluarkan Ep dia yang bertajuk Senikatawati yang memuatkan 5 buah lagu pada tahun 2008. Antara lagu2 hasil nukilan beliau seperti Knock knock Wonderment, Tape, Please, Happy, Khabar ke aku, Lampu Jalan, Kaca Angkasa, Single White Ballon dan banyak lagi. Aku syorkan korang layan lagu Knock knock wonderment besh tak terkata.
http://www.myspace.com/waniardy

Dan disebabkan Yuna jugalah aku mula meminati Acoustic, Folk, Pop Rock, dan mula mencari penyanyi2 lain didalam Malaysia yang sama seperti Yuna jadi mereka2 inilah aku temui dan jatuh cinta dengan music mereka. Peace!!
Editor oleh Nice

Tags :acoustic guitar,lirik lagu graviti-wani ardy,dan ku biarkan kau terlepas,juana and co aku pergi,dan ku biarkan kau terlepas lirik,kot gitar dan lirik,ana raffali mekanika mp3 download,lirik lagu dengan cord guitar,http://malayapark com/wp/girls-and-guitar-accoustic/,tingkap kaca kord gitar by ana raffali,boneca cela guitar cord lirik,mekanika mp3,pelajar kod gitar situasi,Kord gitar hujan bunga di kuala lumpur,nak download lagu cela,dan kubiarkan kau terlepas lirik,kord gitar lagu hujan-aku janji akustik,Muat turun mp3 Azlan & the type writer lipstik kosmetik,kord gitar tunjukkan aku,mp3 akustic gitar